Sunday, 21 July 2019

PRA KATA PENGASAS





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM
Segala pujian bagi Allah SWT serta selawat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W

Cinta boleh diterjemahkan di dalam pelbagai cara. Ada yang menterjemahkan cintanya dengan berdakwah, ada yang dengan berkhidmat, ada yang menterjemahkannya dengan kesenian dan sebagainya. Dan saya menterjemahkan cinta saya dengan MEMPERJUANGKAN, MENDIDIK dan MEMBIMBING anak-anak bangsa yang terlibat dalam masalah dadah, masalah sosial dan keruntuhan akhlak serta moral.

Syukur Ya Allah segala penat jerih selama ini untuk membangunkan TERATAK TAUTAN KASEH MURABBI ini terbayar apabila melihat perkembangan anak-anak disini yang semakin hari semakin baik dan berjaya membebaskan diri daripada masalah yang dihadapi mereka serta keluarga.

Saya Ustaz Shah Eryzal Bin Ramli selaku Pengasas TTKM akan terus berusaha serta tabah untuk membantu dan membimbimng anak-anak bangsa dibawah jagaan TTKM yang terjebak dengan permasalahan ini misalnya. Ianya bukan sekadar omongan kosong kerana kami di TTKM semakin hari semakin berani untuk meredah apa jua risiko demi membantu anak-anak bangsa yang rosak kerana "DADAH".

Jatuh bangun TTKM pada hari ini telah menjadikan kami lebih matang untuk terus melangkah demi merealisasikan impian Ibu Bapa, Keluarga serta pengguna setia kami.
Sekian. Terima Kasih

USTAZ SHAH ERYZAL BIN RAMLI
PENGASAS

No comments:

Post a Comment