Monday, 22 July 2019

LAIN-LAIN PERKARA

                                           MURABBI AGEN ZAKAT KEDAH



Lembaga Zakat Negeri Kedah telah melantik Teratak Tautan Kaseh Murabbi sebagai agen professional rasmi kutipan zakat negeri Kedah. Semua jenis bayaran zakat boleh dibayar melalui pihak kami. Setiap pembayaran zakat yang dibayar anda layak untuk mendapatkan pelepasan cukai.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi kami di talian 


04 - 441 3580 (Pejabat),
019 - 451 8003 (Ustaz Shah) 
Anda juga boleh berkunjung ke pejabat kami yang terletak di

No. 51 & 52, Jalan Cempaka 1/2, Bandar Aman Jaya, 08000, Sungai Petani, Kedah.

Sunday, 21 July 2019

PRA KATA PENGASAS





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM
Segala pujian bagi Allah SWT serta selawat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W

Cinta boleh diterjemahkan di dalam pelbagai cara. Ada yang menterjemahkan cintanya dengan berdakwah, ada yang dengan berkhidmat, ada yang menterjemahkannya dengan kesenian dan sebagainya. Dan saya menterjemahkan cinta saya dengan MEMPERJUANGKAN, MENDIDIK dan MEMBIMBING anak-anak bangsa yang terlibat dalam masalah dadah, masalah sosial dan keruntuhan akhlak serta moral.

Syukur Ya Allah segala penat jerih selama ini untuk membangunkan TERATAK TAUTAN KASEH MURABBI ini terbayar apabila melihat perkembangan anak-anak disini yang semakin hari semakin baik dan berjaya membebaskan diri daripada masalah yang dihadapi mereka serta keluarga.

Saya Ustaz Shah Eryzal Bin Ramli selaku Pengasas TTKM akan terus berusaha serta tabah untuk membantu dan membimbimng anak-anak bangsa dibawah jagaan TTKM yang terjebak dengan permasalahan ini misalnya. Ianya bukan sekadar omongan kosong kerana kami di TTKM semakin hari semakin berani untuk meredah apa jua risiko demi membantu anak-anak bangsa yang rosak kerana "DADAH".

Jatuh bangun TTKM pada hari ini telah menjadikan kami lebih matang untuk terus melangkah demi merealisasikan impian Ibu Bapa, Keluarga serta pengguna setia kami.
Sekian. Terima Kasih

USTAZ SHAH ERYZAL BIN RAMLI
PENGASAS
                                          GAMBAR RAWATAN PEMULIHAN



RAWATAN BEKAM:







TERAPI MANDI AIS:







RAWATAN RESDUNG:









                                               AKTIVITI SUKAN :



  • BOWLING  







  • FUTSAL







  • TUJU KASUT








       
  • SILAT
















  • HIKING








SYARAT KEMASUKAN

SYARAT KEMASUKAN PENGHUNI


  • LELAKI
  • BERUMUR 13 TAHUN HINGGA 30 TAHUN
  • TIADA SEBARANG PENYAKIT YANG BERJANGKIT/KRONIK
  • MENERIMA ORANG YANG DALAM PENGAWASAN AADK/POLIS

CONTACT


                   CONTACT US

No Pejabat          : 04-4413580
Ustaz Shah         : 019-4518003/010-4088003
Page                   : Pusat Rawatan Pemulihan Murabbi
                           : Pusat Jagaan Murabbi ILHAM
Facebook           : https://www.facebook.com/PusatRawatanMurabbi
Email                 : ttkasehmurabbi@gmail.com
Alamat Pejabat  : No 51 & 52 Jalan Cempaka 1/2 Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani Kedah

Tuesday, 9 July 2019

PENGENALAN TTKM

                                                                  PENGENALAN



TERATAK TAUTAN KASEH MURABBI telah didaftarkan menurut   peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang bertarikh pada 28 OGOS 2018 dengan Nombor Pendaftaran AS0390179-P. Hampir 7 tahun teratak ini bertapak dan beroperasi sehingga kini. Dahulu sebelum munculnya nama Teratak Tautan Kaseh Murabbi ini, ia dikenali sebagai Sentuhan Murabbi. Sentuhan Murabbi Enterprise adalah nama pertama yang digunakan dan telah didaftar pada tarikh 15 FEB 2013.

Pertubuhan ini merupakan salah sebuah pertubuhan pemilikan tunggal yang dimiliki oleh Ustaz Shah Eryzal bin Ramli yang beralamat di No 51 & 52 ,Jalan Cempaka ½ Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani, Kedah.

Ianya memfokuskan kepada setiap individu supaya dapat membimbing diri, merawat kerohanian dan memperkasakan keperibadian diri.

Justeru itu, kami di Teratak Tautan Kaseh Murabbi ingin mengambil kesempatan untuk membantu dan membimbing golongan diluar sana yang memerlukan nasihat serta perkhidmatan kami. Kami berharap agar pihak Tuan/Puan serta orang ramai dapat memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan lagi matlamat dan usaha murni ini.

                                                                         VISI



Membimbing dan mengajar kearah mencapai satu tahap rawatan atau bimbingan melalui kaedah pemulihan yang berkesan serta pendekatan kerohanian bagi memperkasakan jati diri yang berpegang teguh berlandaskan syariat islam.

                                                                               MISI

·       ~ Melahirkan individu yang berakhlak, bermoral, beretika, dan beradab berlandaskan syariat islam.
·          ~  Mewujudkan keperibadian diri yang positif untuk dunia dan akhirat.
·       ~   Membentuk masyarakat islam yang mempunyai kekuatan spiritual, akhlak, berdaya saing untuk melihat ke hadapan secara bijaksana, rasional dan berterusan.

                                                                               MOTO
  


“Membimbing Diri, Merawat Kerohanian dan Memperkasakan Keperibadian Diri “

                                                           MATLAMAT

Memastikan dan melahirkan setiap individu yang berkualiti supaya mampu membimbing diri, merawat kerohanian, dan memperkasakan keperibadian diri serta mampu membezakan setiap perkara dengan baik sebagai seorang insan.


                                                           OBJEKTIF


ü   Menerapkan elemen-elemen moral kepada penghuni untuk membentuk, membimbing dan membantu penghuni supaya mempunyai keperibadian diri yang menarik serta memperkasakan sahsiah diri dan kepimpinan.

ü  Membantu dan memberikan nafas baru kepada anak-anak murabbi khususnya anak-anak yatim piatu.

ü  Memupuk disiplin diri serta sikap positif seperti keyakinan diri, berpendirian, tidak berputus asa dan boleh belajar untuk berdikari.

ü  Membimbing, melahirkan individu yang mampu mengenal dan menguasai Al-Quran serta berpegang teguh dengan Syariat Islam.

ü  Memberi penekanan untuk bersikap tanggungjawab, amanah, ikhlas dalam Agama, serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan diri dalam kehidupan harian.