Tuesday, 9 July 2019

PENGENALAN TTKM

                                                                  PENGENALAN



TERATAK TAUTAN KASEH MURABBI telah didaftarkan menurut   peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang bertarikh pada 28 OGOS 2018 dengan Nombor Pendaftaran AS0390179-P. Hampir 7 tahun teratak ini bertapak dan beroperasi sehingga kini. Dahulu sebelum munculnya nama Teratak Tautan Kaseh Murabbi ini, ia dikenali sebagai Sentuhan Murabbi. Sentuhan Murabbi Enterprise adalah nama pertama yang digunakan dan telah didaftar pada tarikh 15 FEB 2013.

Pertubuhan ini merupakan salah sebuah pertubuhan pemilikan tunggal yang dimiliki oleh Ustaz Shah Eryzal bin Ramli yang beralamat di No 51 & 52 ,Jalan Cempaka ½ Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani, Kedah.

Ianya memfokuskan kepada setiap individu supaya dapat membimbing diri, merawat kerohanian dan memperkasakan keperibadian diri.

Justeru itu, kami di Teratak Tautan Kaseh Murabbi ingin mengambil kesempatan untuk membantu dan membimbing golongan diluar sana yang memerlukan nasihat serta perkhidmatan kami. Kami berharap agar pihak Tuan/Puan serta orang ramai dapat memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan lagi matlamat dan usaha murni ini.

                                                                         VISI



Membimbing dan mengajar kearah mencapai satu tahap rawatan atau bimbingan melalui kaedah pemulihan yang berkesan serta pendekatan kerohanian bagi memperkasakan jati diri yang berpegang teguh berlandaskan syariat islam.

                                                                               MISI

·       ~ Melahirkan individu yang berakhlak, bermoral, beretika, dan beradab berlandaskan syariat islam.
·          ~  Mewujudkan keperibadian diri yang positif untuk dunia dan akhirat.
·       ~   Membentuk masyarakat islam yang mempunyai kekuatan spiritual, akhlak, berdaya saing untuk melihat ke hadapan secara bijaksana, rasional dan berterusan.

                                                                               MOTO
  


“Membimbing Diri, Merawat Kerohanian dan Memperkasakan Keperibadian Diri “

                                                           MATLAMAT

Memastikan dan melahirkan setiap individu yang berkualiti supaya mampu membimbing diri, merawat kerohanian, dan memperkasakan keperibadian diri serta mampu membezakan setiap perkara dengan baik sebagai seorang insan.


                                                           OBJEKTIF


ü   Menerapkan elemen-elemen moral kepada penghuni untuk membentuk, membimbing dan membantu penghuni supaya mempunyai keperibadian diri yang menarik serta memperkasakan sahsiah diri dan kepimpinan.

ü  Membantu dan memberikan nafas baru kepada anak-anak murabbi khususnya anak-anak yatim piatu.

ü  Memupuk disiplin diri serta sikap positif seperti keyakinan diri, berpendirian, tidak berputus asa dan boleh belajar untuk berdikari.

ü  Membimbing, melahirkan individu yang mampu mengenal dan menguasai Al-Quran serta berpegang teguh dengan Syariat Islam.

ü  Memberi penekanan untuk bersikap tanggungjawab, amanah, ikhlas dalam Agama, serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan diri dalam kehidupan harian.

No comments:

Post a Comment